Info : Kolej komuniti

Info kali ini, admin terima daripada bekas pelajar SMK Desa Cemrlang dan merupakan team Alumni Decem, Afiqah Nor. 


Berikut adalah info yang di berikan:


Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Oiai, Pontian akan mengadakan :
kursus : Pengenalan Internet & Pembinaan Blog / Flash (24 & 25 Dis 2011)
Kursus : Powerpoint & Movie Maker (31 Dis 2011 & 1 Jan 2012)
Masa : 9 pagi
Bayaran : RM 20 bagi setiap Kursus


Nota & Sijil disediakan. Untuk tempahan, Sila mesej Nama & Kursus untuk tempahan tempat di talian 019 -7164170.
Thanks for reading. Boleh Like, Boleh comment

Sorry for Everything


Pihak Admin memohan maaf secara terbuka kepada yang tersinggung secara langsung atau pon tidak langsung. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung jari kaki. Pihak Alumni pada kali ini masih dalam perbincangan hala tuju serta aktiviti aktiviti yang bakal berlangsung pada tahun depan. 

Selamat tinggal dunia 2011 dan selamat datang 2012. Semoga pada tahun yang baru mampu memberikan petanda positif dalam jiwa setiap individu. Jasa serta ilmu yang telah diberikan oleh tenaga penmgajar kita dulu janganlah di biarkan sahaja.

Sesungguh nya yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang buruknya dari diri kita sendiri. Pihak Alumni jugak ingin memberikan kesempatan untuk mendoakan kejayaan pelajar pelajar yang telah atau pon sedang menjalani peperiksaan PMR/SPM/STPM supaya berjaya pada masa akan datang.

Terima kasih juga kepada pengunjung yang sudi hadir ke teratak Alumni yang tak seberapa ini. Blog ini yang masih dalam pembaikpulih berharap akan berlakunya perubahan pada masa yang akan datang. Setakat ini, admin berjaya menukar Header Blog, Background, serta Sidebar yang agak menarik untuk tatapan pengunjung.

Terima kasih daun keladi, esok lusa bertemu kembali.

Thanks for reading. Boleh Like, Boleh comment

Semakan keputusan PMR 2011



Hari ini pihak admin nak bagi tahu adik adik yang telah pon menduduki PMR pada tahun 2011 , bahawa keputusan PMR boleh dilakukan dengan melakukan pesanan ringkas (SMS). Nak tahu bagaimana cara nya? Jangan risau, abang abang dan juga kakak kakak disini sedia membantu anda.


Sila lihat gambar yang tertera dibawah ini:




Jangan risau, gagal tak bererti kalah atau gagal selamanya. Itu petanda bahawa kita harus tingkatkan ilmu yang lebih dalam diri kita. Ingatlah bahawa usaha tangga kejayaan. Yang memperoleh 9A, pihak admin mengucapkan tahniah di atas percapaian anda. Well Done!






Thanks for reading. Boleh Like, Boleh comment

All Right Reserved by Alumni Decem 2011